12 Februari 2015


KUALA LUMPUR – Keluarga dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berkumpul di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membincangkan perihal pensabitan kesalahan ketua pembangkang itu sejak hari Selasa lalu. 

Memetik laporan sebuah portal berita, kawasan sekeliling rumah bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu di Segambut kosong dan tidak berpenghuni.

Pemberita sempat menemuramah kakitangan yang bertugas di pondok pengawal kediaman Anwar Ibrahim. Pemberita turut menanya pendapatnya mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya.

“Mestilah saya sedih, sudah 32 tahun saya bekerja dengan dia (Anwar). Kami pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa pun yang terjadi. Dan saya lebih kacak dari Saiful,” ujar Abdullah Sani.

Lelaki berusia 55 tahun itu menyatakan bahawa pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bukanlah pembantu Anwar tetapi hanya rakan kepada seorang lagi bekas pegawai Anwar. 

“Dia hanya rakan kepada bekas pegawai Anwar iaitu Rahimi Osman. Dia ikut Rahimi ke mana-mana dan sentiasa ambil kesempatan untuk ‘merapati’ Anwar,” terang bapa kepada tujuh anak itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!