9 Februari 2015


Wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, memberitahu dia kini tidak lagi merasakan dirinya pintar dan sedang berjuang untuk meneruskan hidup.

Perkara itu dimaklumkan Sufiah kepada wartawan TV3, Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool ketika ditemu bual untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam. 

Sufiah bagaimanapun tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Jelas Sufiah, kegagalan dan pengalaman pahit yang dialami banyak memberi pengajaran, namun dalam masa yang sama bersyukur kerana dapat menanganinya dengan baik. 

Punya kelebihan dalam bidang Matematik, Sufiah masih menyimpan hasrat untuk memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik. 

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun. 


Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja seks.

Sufiah menjadi tumpuan media apabila berjaya memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun pada tahun 1997.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!