10 Februari 2015


Sebagai isteri, hanya doa menjadi bekalan dan berharap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan berharap Anwar tidak bersalah.

"Hanya doa mampu saya pohon daripada ALLAH SWT supaya memberikan kekuatan kepada saya untuk menempuhi dugaan berat ini," katanya ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 4,000 penyokong Anwar yang berhimpun di Padang Timur Petaling Jaya.

Seawal jam 8 malam penyokong-penyokong membanjiri padang bagi mendengar ceramah terakhir Anwar bagi siri jelajah Rakyat Hakim Negara yang sebelum ini di adakan di Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Antara pemimpin PR yang hadir seperti, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan PKR, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang patut disegani kerana keberanian berhadapan hukuman.

"Dengan pelawaan daripada negara luar kepada Anwar yang mahu beliau tinggal di sana tetapi Anwar balik ke Malaysia untuk menerima keputusan dari mahkamah. "Saya yakin keputusan akan memihak kepada Anwar," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!