13 Februari 2015


Pelawak kumpulan Sepahtu Jep atau nama sebenar Mohd Nadzri  Zainal Abidin 30, mendedahkan bahawa dirinya pernah ditawarkan kontrak yang lumayan oleh sebuah stesen TV.

Namun, dia menolak secara baik dan menganggap kerjayanya sebagai seorang pelawak bukan mengejar wang ringgit tetapi lebih kepada bersikap sederhana.

“Saya akui pernah ditawarkan satu kontrak yang nilainya cukup lumayan oleh sebuah stesen TV tetapi saya tidak menerimanya kerana tidak berminat.

“Dalam kehidupan saya sebagai penghibur, wang ringgit bukanlah  keutamaan, saya tolak tawaran itu tetapi ianya memberi rezeki kepada orang lain, walaupun ada cakap-cakap negatif mengenai penolakkan tersebut saya buat tak faham sahaja,” ujar Jep kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, dia juga selesa dengan kehidupannya sekarang yang lebih simple dan pergerakan kerjayanya juga mudah untuk Jep uruskan.

“Saya memang tak ramai kawan rapat dalam industri ini, kawan saya ialah Shuib dan Angah (Raja Lawak). Saya ada juga dengar pelbagai tafsiran negatif mengenai  cara pergaulan saya, tetapi saya biarkan mereka yang membuat penilaian, saya tiada hak untuk menghalang.

“Apa-apa pun dengan kesempatan ini ingin mohon maaf sekiranya ada segelintir pihak yang terkecil hati dengan saya.

“Saya juga mohon mereka bersabar jangan terlalu memburukkan orang kerana hidup  ini umpama roda kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah,” seloroh Jep sambil tersenyum.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!