26 Februari 2015


Aktor Shahrukh Khan diketahui umum mempunyai masalah ketagihan merokok yang sukar dikawal. Sejak kariernya bermula di Bollywood, dia cuba untuk berhenti merokok namun sehingga kini masih gagal.

Malah lebih mengejutkan aktor kelahiran New Delhi itu mengaku mampu menghabiskan 100 batang rokok sehari dan bukan sebuah rekod yang perlu dibanggakan dirinya.

Namun ayah kepada tiga orang anak ini sedang berusaha berhenti merokok. Meskipun masih belum berhenti sepenuhnya, jumlah Shahrukh Khan menghisap rokok sudah mula berkurangan.

“Saya sukar untuk tidur dan mampu merokok sehingga 100 batang sehari. Dan tabiat merokok membuatkan saya lupa untuk makan,” ujar Shahrukh Khan kepada pihak media.

Terbaru, menerusi Twitternya Shahrukh Khan telah memuat naik sekeping foto yang memulakan kempen berhenti merokoknya sendiri iaitu “We Don’t Talk To People Who Smoke”. Kempen tersebut mendapat reaksi positif peminat-peminatnya yang percaya ianya memberi kekuatan buat aktor kesayangan mereka itu untuk menjalani kehidupan yang sihat tanpa rokok kelak.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!