17 Februari 2015



GUJARAT - Pada hari Jumaat, 13 Februari 2015, seorang pegawai dari angkatan tentera India, Jigar Bhai Vyas telah pulang ke rumahnya selepas bertugas.

Jigar merasakan sesuatu yang mencurigakan dan telah memecahkan pintu rumahya itu. Ini kerana isterinya tidak membuka pintu walaupun dia telah mengetuk pintu rumah untuk masa yang lama.

Dia terkejut apabila menemui isterinya bersama seorang lelaki yang lain yang sebenarnya adalah kawan baiknya yang bernama Ranjit. Ranjit terus melarikan diri ke dalam tandas rumah tersebut. Jigar terus marah dan telah mengikuti Ranjit ke dalam tandas dan menembaknya sehingga mati dengan menggunakan sepucuk pistol.

Isteri Jigar juga ditembak tetapi terselamat dan sedang menerima rawatan di hospital yang berdekatan. Kes ini masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa di sini.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!