10 Februari 2015


Disebabkan kemunculannya di dalam program Melodi baru-baru ini, ramai yang beranggapan bahawa produder filem penuh sensasi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, bakal rujuk semula dengan bekas suaminya, Eddie Ghazali, 46, yang juga pemain bass kumpulan CRK.

Hakikatnya, jauh di sudut hati kudus Raja Azmi, dia tidak punya apa-apa perancangan untuk kembali bersama Eddie, mahu pun bersatu semula sebagai suami isteri.

"Saya rasa, biarlah saya sendiri bersama anak-anak. Lebih senang rasanya, begini...Saya faham perasaan Eddie dan saya faham akan hasratnya yang mahu kembali dengan saya seperti mana mula-mula dulu. 

"Saya juga nampak akan kesungguhan dia memujuk hati saya. Dia betul-betul bersungguh-sungguh dan setiap hari pasti dia akan menghantar mesej selamat pagi dan selamat malam buat saya. 

"Melihat akan kesungguhannya itu, membuatkan hati saya tersentuh. Tapi, dalam waktu yang sama, saya harus dulukan serta utamakan perasaan saya," kata Raja Azmi kepada portal Murai. 

Menurut Raja Azmi lagi, keputusannya itu tekad sekali pun 11 Februari ini genap 3 bulan tempoh edahnya tamat bersama Eddie. 

"Perkara ini sudaya jelaskan kepada Eddie agar dia faham dan saya juga tidak pernah memberi dia apa-apa harapan bahawa kami boleh kembali semula sepertimana dulu. 

"Saya rasa dia faham apa yang saya cuba sampaikan itu dan dia juga ada berkata kepada saya, kalau andainya memang tiada jodoh untuk kami bersatu semula, satu saja permintaan dia. Biarlah kami jadi sahabat yang baik. 

"Saya kata hal itu tidak ada masalah sekali kerana dalam keadaan sekarang pun, walau kami sudah tidak bersama sebagai suami isteri, tapi kami kini jadi kawan yang baik.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!