11 Februari 2015


“BERKAT doa, istiqamah dan sabar selama tujuh tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang ‘credible’.

“Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

“Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya ke atas perlakuan Anwar Ibrahim ke atas saya disiasat dan diadili, tidak lebih daripada itu.

“Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti.

“Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga ke hadapan. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

“Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi.”

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!