12 Februari 2015


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi sebarang layanan istimewa di Penjara Sungai Buloh.

"Jabatan Penjara melayan semua banduan secara saksama seperti mana peruntukan undang-undang," katanya selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, beberapa perhimpunan aman oleh penyokong pembangkang dijangka berlangsung sekitar Kuala Lumpur hujung minggu ini.


Katanya, polis mendapat maklumat perhimpunan akan diadakan di beberapa lokasi antaranya di hadapan kompleks membeli belah Sogo dan Dataran Merdeka.

"Kita nasihatkan serta memberi peringatan kepada penganjur supaya perhimpunan dijalankan secara aman tanpa menimbulkan masalah serta mematuhi undang-undang.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba melanggar undang-undang," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!