1 Februari 2015


PETALING JAYA: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara sekiranya dakwaan tersebut benar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami kena perolehi bukti terlebih dahulu seperti yang didakwa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Presiden Umno itu juga mahu badan kerajaan yang relevan mengambil tindakan sewajarnya.


Dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan terkemuka cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan tersebar di laman blog baru-baru ini.

Walaupun ringgit lemah, Najib berkata ekonomi negara berada pada landasan yang tepat.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!