10 Februari 2015


Sebuah video yang memaparkan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dipukul oleh seorang matron di sebuah pusat perubatan menjadi viral sejak semalam.

Video yang berdurasi 13 saat itu memaparkan aksi spontan seorang matron ‘memukul’ akibat disergah Tunku Jalil.

Tindakan Tunku Abdul Jalil itu menyebabkan wanita itu terkejut dan melatah serta-merta.

“Kan dah kena pukul. Sekali sekala usik Matron.

“Terima kasih kepada semua yang menjaga saya sewaktu di Hospital Sultanah Aminah Johor,” kata Tunku Abdul Jalil yang dipetik menerusi catatan di laman Facebooknya, hari ini.

Gurauan spontan Tunku Abdul Jalil itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang menyifatkannya seorang yang sangat periang dan merendah diri.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar anakanda kelima Sultan Johor itu cepat sembuh dan sihat sepenuhnya.

Sebelum ini, Tunku Abdul Jalil dilaporkan telah selamat menjalani rawatan di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China bagi penyakit yang dihidapinya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!