5 Februari 2015


Umat Islam diingatkan bahawa ulat sago yang juga dikenali ulat mulong adalah haram dimakan.

Mufti negeri, Datuk Kipli Yassin berkata, keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat, namun mungkin ada yang tidak mengetahui perkara tersebut.

“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, binatang ini telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya, malah tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” katanya selepas majlis perasmian Bengkel Penyelidikan Fatwa dan Hukum 2015 di sini semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!