19 Februari 2015


TIDAK sampai seminggu lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disahkan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, juga jawatan ketua pembangkang mengikut Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan setelah disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari lalu.

Pakatan setakat ini bagaimanapun belum membuat apa-apa keputusan mengenai siapa yang akan mengambil alih tempat Anwar sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Partinya, PKR juga belum membuat keputusan mengenai siapa calon yang akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pemerhati, keputusan untuk memilih ketua pembangkang kali ini tidak semudah dahulu. Ini kerana hubungan antara parti dalam pakatan pembangkang pada masa ini diketahui tidak begitu bahagia.

Dalam keadaan ini, sudah pasti tidak mudah untuk dibuat keputusan siapa yang paling layak dalam kalangan pemuka parti untuk mengetuai wakil mereka di Parlimen, yang boleh diterima baik oleh semua pihak.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini ada membuat kenyataan mengenai kesediaan beliau untuk dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang.

Memanglah tidak salah bagi Azmin untuk membuat kenyataan seperti itu namun bagi pemerhati, kenyataannya itu sedikit sebanyak boleh mengundang perdebatan.

Ini kerana beliau sudah sedia memikul tanggungjawab berat sebagai menteri besar yang memerlukan sepenuh komitmen dan tumpuan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!