1 Februari 2015


LICIK. Itu mungkin perkataan yang sesuai untuk bekas pelajar Universiti Oregon State (OSU), Kendra Sunderland, 19, apabila berjaya menghasilkan sebuah klip video lucah di dalam perpustakaan universiti tersebut.

Dalam klip video itu, dia telah membuka baju dan menyentuh tubuhnya dalam keadaan ghairah selama lebih 31 minit.

Ia kemudiannya dimuatnaik ke laman lucah, Pornhub dan ditonton lebih daripada 260,000 kali dalam masa beberapa hari, memetik Mail Online.


Bagaimanapun, klip tersebut kemudiannya dipadamkan dari laman tersebut selepas ia menjadi sensasi di kalangan pelajar OSU dan tersebar di media sosial.



Ekoran itu, Kendra yang juga bekas pelajar universiti itu telah ditahan polis atas tuduhan melakukan perbuatan keji di tempat awam, namun dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Insiden itu mengejutkan ramai pihak kerana durasi klip video itu boleh dianggap cukup panjang untuk dirakamkan di perpustakaan tanpa disedari oleh sesiapa.

“Ia biasanya sesak. Saya tak tahu bagaimana dia dapat melakukannya,” ujar salah seorang pelajar, Shelby Wilson.

Sementara itu, jurucakap OSU, Steven Clark menjelaskan pemantauan sentiasa dijalankan di perpustakaan tersebut, tetapi ia tidak bermakna mereka boleh berada di semua tempat dalam satu masa.

“Bayangkan…enam tingkat, 340,000 kaki persegi dan digunakan oleh 30,000 orang setiap minggu,” katanya.

Alahai, kalau perpustakaan pun boleh terlepas pandang, apatah lagi tempat lain yang lebih tersorok di universiti…



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!