5 Februari 2015


KUALA LUMPUR - Sebuah kereta mewah, Ferrari bermodel 430 telah terbakar ketika kesesakan lalu lintas yang sibuk di Jalan Travers pada hari Rabu, 4 Januari 2015. 

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 6 petang, lima anggota bomba telah digegaskan dan apabila mereka tiba di situ kereta tersebut terbakar sepenuhnya. Pemandu dan seorang penumpang wanita telah berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. 

Isharudin Ishak yang merupakan seorang pegawai dari Jabatan Bomba berkata penyiasatan masih berlaku kerana punca kebakaran tersebut masih belum diketahui. Kebakaran ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas untuk 2 km dari Jalan Bangsar ke Jalan Mahameru.

Pada tahun 2010, lebih daripada 1000 kereta Ferrari telah dipanggil balik berikutan beberapa kejadian yang sama di mana ia terbakar secara tiba-tiba.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!