19 Februari 2015


Seorang wanita yang mempunyai dua rahim dan dua alat kelamin (vagina) selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas empat kali mengalami keguguran.

Leona Doherty, 35, telah dilahirkan dengan simptom perubatan paling jarang di dunia, iaitu uterus didelphys, keadaan di mana mereka dilahirkan dengan mempunyai dua uterus dua servik berasingan dan terdapat kes wanita mempunyai dua vagina.

Hanya tiga peratus atau 5,000 wanita di seluruh dunia mengalaminya yang boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung dan mempunyai potensi akan mengalami keguguran bayi.

Doherty yang mempunyai dua rahim, hanya mempunyai satu tiub fallopio dan satu ovari yang membuatkan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Selepas 14 tahun mencuba bersama suaminya, Gary, 41, akhirnya wanita itu melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat yang dikandung di dalam salah satu rahimnya.

Anak mereka,Hugh dilahirkan secara pembedahan caesarean pada Disember lalu selepas setahun mengalami komplikasi pelbagai penyakit.

Dia pernah berdepan dengan strok dan pernah dikejarkan ke hospital akibat kegagalan hati dan buah pinggang menyebabkan suaminya mengalami kemurungan.

Wanita yang berasal dari utara Ireland itu berkata, kelahiran Hugh adalah sesuatu yang paling bermakna dan dia tidak dapat menggambarkan perasaannya sendiri ketika ini.

“Saya tidak percaya kini saya mampu memiliki anak. Kami telah mencuba selama 14 tahun untuk memiliki anak sendiri dan tidak pernah berputus asa.

“Ini sangat bermakna sehingga terlupa kesakitan yang saya alami untuk mendapatkannya. Saya sering gembira menjadi seorang ibu. Saya menikmati setiap minit bersama Hugh,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2003 dan sejak itu mereka mengharapkan kehadiran cahaya mata.
Pada tahun 2006, Doherty mengalami strok ringan dan menyebabkan dia keguguran pada kandungannya yang baru berusia enam minggu.

Dia kemudiannya mengalami empat kali lagi keguguran dari 2009 sehingga 2011, sehinggalah dia bertemu dengan pakar untuk bertanya sama ada dia boleh mencantumkan kedua-dua rahimnya untuk menampung seorang bayi, jika itu yang boleh membuatkan dia hamil dengan normal.

Bukan itu sahaja, Doherty juga hampir kehilangan nyawanya apabila dia mengalami halusinasi dan tidak sedarkan diri selama lapan jam. Doktor mengesahkan organnya gagal untuk berfungsi kerana Ischemic Hepatitis.

Doktor yang merawatnya terkejut dengan kewujudan dua rahim pada Doherty dan apabila mula mengkaji tentang keadaannya itu, mereka mengetahui punca kesukaran wanita itu untuk hamil.

Keadaan ini biasanya dapat dikesan ketika pemeriksaan rutin atau ujian pap smear ketika hamil.
Uterus didelphys berlaku apabila uterus menghasilkan dua tiub kecil pada foetus wanita. Apabila foetus mula berkembang, tiub tersebut akan bercantum untuk menghasilkan organ yang dipanggil hollow.

Namun, timbul keadaan tiub tidak dapat bercantum dengan baik dan tiap satunya menghasilkan hollow secara berasingan lalu mereka akan mempunyai dua rahim.

Untuk kes Doherty, kadang-kala wanita juga boleh mengalami komplikasi untuk hamil kerana uterus bersaiz kecil berbanding dengan yang normal.

Walaupun dia mempunyai dua vagina, dia hanya boleh melakukan hubungan seks secara normal dan hamil melalui satu uterus.

Konsultan Ginakologis dan Obstetrik BMI The Slone Hospital, Dr. Leila Hanna berkata, ada kemungkinan wanita yang menghidap Uterus Didelphys boleh hamil dua kali dalam satu masa dan bayi membesar dalam kedua-dua rahim.

“Golongan ini akan dicadangkan untuk pembedahan caesarean bagi mengelakkan komplikasi ketika bersalin. Keadaan tersebut terlalu menyakitkan kerana terdapat dua bahagian yang sakit pada kawasan yang sama.

“Mereka juga berisiko untuk mengalami keguguran lewat, kelahiran pramatang dan pendarahan semasa mengandung. Untuk tempoh ini, masih tiada lagi rawatan untuk mengatasi keadaan ini,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!