1 Februari 2015


London: Seorang wanita yang dilahirkan tanpa rahim, ovari atau tiub falopio mengatasi segala cabaran apabila berjaya melahirkan sepasang kembar tidak seiras.

Hayley Haynes ketika berusia 19 tahun dimaklumkan doktor bahawa dia sebenarnya secara genetik lelaki berikutan mempunyai kromosom XY seterusnya tidak boleh hamil.

Biarpun sudah akil baligh, dia tidak pernah datang bulan, malah doktor mendapati dia tidak mempunyai organ pembiakan disebabkan menghidap 'androgen insensitivity syndrome' (sindrom ketakpekaan androgen).


"Ketika itu saya keliru dan rasa terlalu rendah diri, seolah-olah saya separa wanita.

"Hancur harapan memiliki anak sendiri," katanya.

Pada 2007 keajaiban berlaku apabila seorang pakar baru di Hospital Royal Derby mendapati mereka terlepas pandang rahim yang terlalu kecil ketika imbasan sebelumnya. 



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!