18 Februari 2015


Kontroversi kes penyebaran video menyanyi sambil tangan bergari dan kes sabitan mahkamah yang masih belum selesai tidak mematahkan semangat bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 43, untuk menjalani rawatan pemulihan dadah di sebuah pusat pemulihan dadah di ibu negara.

Menurut pembantu peribadinya, Aalan Ahmad, 41, pelantun lagu Gerimis Mengundang itu dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani rawatan sejak hujung bulan lalu.

“Alhamdulillah, Zamani memberikan maklum balas yang positif sepanjang dirawat di pusat pemulihan dadah tersebut dan proses rawatan secara tradisional dan moden masih dijalankan sehingga minggu hadapan.

“Keputusan untuk mendapatkan rawatan melawan ketagihan dadah itu merupakan kehendak Zamani sendiri selain permintaan keluarga. Menurut pegawai perubatan, Zamani menunjukkan tanda-tanda positif mahu berubah.

“Selain kaunseling dan terapi untuk membuang ketagihan, tiada lawatan daripada pelawat luar mahupun anggota keluarga dibenarkan sehingga pesakit benar-benar pulih. Selepas tamat rawatan, Zamani bagaimanapun masih perlu meneruskan terapi susulan,” katanya yang dihubungi di sini semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!