23 Februari 2015


BARU sahaja menang pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014, sudah terpalit kisah yang kurang manis. Syed sendiri yang mendengarnya pun rasa kurang senang dengan kisah yang disampaikan oleh seorang pengurus acara baru-baru ini.

Cerita pengurus acara ini, kumpulan Zero sudah semakin berlagak sejak bergelar juara. Kalau dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.

Katanya, dia ada berurusan dengan kumpulan tersebut untuk menjayakan sebuah acara. Tapi sampai akhirnya tak dapat persetujuan.

Dia bukan tak faham harga Zero semakin naik sejak mereka menang program tersebut tapi setidak-tidaknya biarlah ada komunikasi yang baik agar memudahkan kerja kedua-dua belah pihak.

Entahlah... Tak pula Syed tahu sama ada Zero memang sudah besar kepala macam itu sekali. Rasanya mungkin ada salah faham dan membuatkan pengurus acara ini betul-betul marah kepada trio tersebut.

Tapi betulkah Zero menolak kontrak apabila ditawarkan menjadi artis Pengurusan Astro? Syed ada terdengar yang mengatakan mereka enggan terikat dengan stesen penyiaran tersebut.

Bukan apa, kalau sekarang pun boleh dapat persembahan berpuluh ribu ringgit, buat apa nak diuruskan oleh pihak lain. Baik mereka urus sendiri, lagi senang.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!