13 Mac 2015


CHINA - Sebuah syarikat pembinaan di China, Broad Sustainable Building membina sebuah bangunan setinggi 57 tingkat dalam masa hanya 19 hari.

Media melaporkan, bangunan Mini Sky City yang terletak di kota daerah Hunan dibina pada kadar tiga tingkat sehari.

Bangunan itu mempunyai 800 unit pangsapuri dan ruangan pejabat yang boleh memuatkan seramai 4,000 orang.

Pada mulanya, Mini Sky City dirancang untuk dibina setinggi 220 tingkat tetapi dikurangkan kerana bimbang tempat itu terlalu dekat dengan lapangan terbang.

Menurut pemaju, sebahagian besar bangunan itu dipasang di lokasi berasingan sebelum dibawa ke tapak pembinaan dan disusun di atas satu sama lain.

Kaedah itu dikatakan dapat mengurangkan bilangan perjalanan yang diperlukan untuk mengangkut bahan mentah.

Difahamkan, sebelum ini, Broad Sustainable Building pernah membina bangunan setinggi 30 tingkat di sini dalam tempoh hanya 15 hari.

Menurut mereka, teknologi berkenaan adalah inovasi paling bermakna dalam sejarah manusia.

Walau bagaimapun, beberapa pengguna internet menyatakan kebimbangan mereka terhadap isu keselamatan bangunan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!