10 Mac 2015


“Jika (Abdul Rahman Ibrahim) tidak puas hati dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), dia boleh letak jawatan jurulatih,” itu jawapan tegas Presiden PBSNT Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid berhubung kritikan pedas jurulatih itu yang mendakwa PBSNT gagal menyediakan padang rumput sebenar untuk sesi latihan pasukan Terengganu.

Beliau berkata, sepatutnya isu mengenai padang boleh dibincangkan di peringkat dalaman PBSNT dan bukannya menghebohkan dalam media yang disifatkan tidak manis kerana Terengganu antara pasukan yang mempunyai infrastruktur padang mencukupi.

“Namun, yang berlaku sebaliknya, sebagai jurulatih profesional perkara ini boleh diselesaikan dengan berbincang dan bukannya menuding jari kepada PBSNT yang jelas menampakkan kepincangan kita padahal pada masa sama perkara kecil ini boleh ditangani segera.

“Bagaimanapun, andai jurulatih sudah tidak tahan dan tidak lagi berminat membimbing Terengganu, saya minta dia mengundur diri dan memberi peluang kepada jurulatih lain mengemudi skuad Penyu,” katanya yang berang dengan kenyataan jurulatih berusia 69 tahun itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!