5 Mac 2015


Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, berkata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu diserang ketika pulang daripada menunaikan solat Subuh.

"Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata 'kenapa kurang ajar sangat?'," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya yang merujuk ancaman yang diterima Dzulkefly.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

"Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS," katanya.

Insiden yang menimpa Dzulkefly ini adalah kejadian berbaur ancaman kedua yang diterima pemimpin PAS.

Sebelum ini, kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli cuba dibakar di pekarangan rumahnya di Desa Haras, Hulu Kelang, Ampang, 14 Februari lalu.

Kedua-dua kejadian ini dipercayai ada kaitan dengan pertelagahan dalaman yang berlaku dalam PAS membabitkan kumpulan tertentu termasuk kemungkinan pergelutan antara golongan profesional dan ulama.

PAS kebelakangan ini juga dilihat sering bertikam lidah membabitkan beberapa pemimpin tertingginya terutama selepas penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang didakwa mereka bermotifkan untuk menggulingkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!