25 Mac 2015


CHINA - Seorang petani reka ambulans sendiri untuk membawa isterinya berulang alik ke hospital dua kali seminggu sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia telah meliputi perjalanan sejauh 50,000 kilometer sejak ia mula digunakan untuk mengangkut isterinya yang lumpuh untuk menjalani rawatan.

Bukan itu sahaja, kereta ambulans itu dengan dilengkapi beg oksigen, ubat kecemasan dan tandas mudah alih.

Kisah lelaki itu menjadi satu lagi contoh kesetiaan ramai pasangan tua di China yang tersebar baru-baru ini.

Sebelum ini, seorang wanita di Sichuan menjadi terkenal selepas gambarnya yang menarik suami lumpuh di atas katil mudah alih untuk berehat di luar rumah tersebar di lamam sosial.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!