18 Mac 2015

Jose Mario (depan)

Anak lelaki Jose Mourinho melabelkan peminat Chelsea sebagai ‘memalukan’ dan ‘paling teruk pernah disaksikan’ selepas mereka mengejek Cesc Fabregas ketika kelab itu seri 1-1 dengan Southampton, Ahad lalu.

Jose Mario, 15, penjaga gol di Fulham mempertahankan pemain tengah Sepanyol itu dan menegaskan pemain itu tidak sepatutnya menjadi mangsa kritikan.

Fabregas gagal mencapai prestasi seperti pada separuh awal musim ini apabila membantu 13 jaringan dan Jose Mario mendakwa penyokong tidak memberi sokongan terhadap pemain itu, Ahad lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak menjaringkan sebarang gol atau membantu jaringan dalam 10 perlawanan terakhir semua kejohanan dan jaringan terakhirnya adalah ketika menentang Swansea, 17 Januari lalu.

Begitupun Jose Mario yang sentiasa kelihatan di Stamford Bridge menyokong pasukan itu dan meraikan bersama Chelsea di Wembley selepas mereka menjuarai Piala Liga awal bulan ini menulis di Instagram: “Mengapa semua orang membenci dan menyalahkan Fabregas berikutan perlawanan Ahad lalu.

Ia adalah kerjasama berpasukan.

“Fabregas mungkin tidak bermain dengan baik seperti diharapkan semua orang tetapi sekurang-kurangnya dia terus berjuang.

“Dia menunjukkan sikap yang bagus, saya lihat peminat Chelsea yang teruk tetapi Ahad lalu paling teruk pernah saya saksikan. Penyokong mengejek Cesc, saya benar-benar setuju dengan sorakan ‘Mourinho betul, anda memang peminat yang teruk.’

“Penyokong kami memang memalukan!”

Membalas kritikan dua pengguna Instagram, Jose Maria menulis: “Saya akan tunjukkan rasa hormat kepada peminat jika mereka menghormati pasukan.”

Kepada seorang pengguna lain, dia menulis: “Siapa yang menjaringkan gol? Iva.. Willian dia melalui detik yang teruk, semua pemain mengalaminya tetapi tidak bermakna anda boleh mengejek mereka dan membuat momentum mereka menjunam.. Oscar, dia tidak melakukan kesalahan, sila jelaskan, kerana saya tidak nampak apa yang tidak kena dengannya.

Kepada pengguna yang sama dia juga menulis: “Itulah sebabnya setiap kakitangan Chelsea membenci peminat Chelsea!! Oscar banyak mencipta peluang untuk kita. Willian dan Ivanovic adalah pemain yang bekerja keras, mereka tidak henti berlari, Ivanovic banyak membantu kita musim ini, menjaringkan banyak gol dan membantu menewaskan Liverpool, Willian yang melakukan hantaran. Anda perlu ingat dengan siapa anda bercakap dan sedar saya tahu lebih banyak daripada anda.”

Sekali lagi membalas komen pengguna yang sama: “Adakah pemain remaja kita terlalu bagus bermain di liga terhebat dunia? Tidak, mereka terlalu muda, terlalu lemah. Jika peminat terus menyokong Fabregas, dia boleh mengubah gaya pemikirannya, mengejeknya tidak akan mengubah keadaan.”

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!