19 Mac 2015


Anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Daniyar Kessikbayev, esok.

Majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana dan bakal disempurnakan sendiri oleh Najib.

Kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menyebut Perdana Menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.

Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat "Venture Capital."

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!