11 Mac 2015


KABUL - Seorang wanita muda menggemparkan negaranya apabila mencipta baju besi berbentuk payudara dan punggung.

Wanita itu juga tanpa segan-silu memakai pakaian itu ke merata tempat.

Kubra Khademi, 27, yang merupakan seorang artis, bertindak demikian sebagai satu bentuk protes susulan tingginya angka kes gangguan seksual terhadap golongan wanita di negara itu.

Kubra sendiri pernah beberapa kali dicabul.

Baju besi itu dikenakan Kubra kerana dia percaya ia dapat mengelakkan dia dari menjadi mangsa gangguan seksual.

Namun tanggapan Kubra nampaknya silap apabila dia dicaci dan dilempar batu kecil oleh beberapa kumpulan lelaki yang marah melihat fesyen terbaharu wanita itu yang dianggap sengaja menonjolkan susuk payudara dan punggung yang menggiurkan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!