3 Mac 2015

FAKRUL (kanan) bersama rakannya dari Algeria menunjukkan laporan polis berhubung kegiatan suspek. 

Kuala Lumpur: Dia memperkenalkan diri sebagai seorang sheikh dari Iraq yang berpangkat ulama, mempunyai pengetahuan agama tinggi serta begitu dihormati.

Namun pada masa sama, dia ligat memperdaya orang ramai kononnya mempunyai banyak akses orang kenamaan termasuk mengenali secara rapat ketua pengarah dan menteri yang boleh membantu memudahkan proses kerakyatan serta visa.

Bermodalkan beberapa gambar bersama orang kenamaan, dia selamba ‘menjual’ nama pemimpin negara dan ketua jabatan.

Lebih mengejutkan, kelibatnya banyak tampil di beberapa majlis rasmi negara dan peluang menyelit dalam program seumpama itu dipercayai turut dijadikan modal untuk mempengaruhi mangsa terutama yang baru dikenali.

Namun yang paling sukar diterima akal, apabila dia mendakwa mempunyai kelebihan mendoakan seseorang itu masuk syurga atau sebaliknya dengan bayaran RM5,000 bagi setiap doa yang dijamin makbul kerana tarafnya sebagai seorang ulama besar.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!