24 Mac 2015


"Saya pun terkejut bila dapat tahu sebab tak ada dengan dia. Saya baru balik kursus. Malam ini baru nak pergi tengok," jelas isteri dan pengurus kepada pelakon popular Adi Putra, Aida Yusof mengenai suaminya yang ditahan di Pusat Perubatan Prince Court di sini selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak (slipped disc), malam tadi.

Aida, 39, yang baru pulang daripada kursus kerja hari ini berkata, ketika ini dia belum mengetahui secara terperinci status kesihatan pelakon berusia 34 tahun itu.

"Kena tunggu malam ini baru saya dapat tahu. Saya cuba hubungi tapi tak berjawab lagi. Bimbang juga jadinya.

"Nanti bila saya sampai (hospital) dan tahu cerita saya akan berkongsi (perkembangan). Sekarang saya dalam perjalanan ke sana," katanya yang dihubungi Harian Metro, hari ini.

Aktor filem Isyarat Cinta itu dilaporkan dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan selepas mengadu sakit belakang secara tiba-tiba ketika mempromosikan filem terbabit di ibu negara.

Difahamkan, Adi dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot.

Dalam kenyataannya hari ini, Adi dilaporkan berkata, dia masih tidak pasti tempoh ditahan di wad memandangkan dia perlu menjalani rawatan susulan termasuk imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!