24 Mac 2015


UNITED KINGDOM - Seorang lelaki bingung apabila membuka akaun bank miliknya secara atas talian dan mendapati baki akaunnya melebihi 1 juta pound (RM5 juta)!

Secara kebetulan, Kieran McKeefery sedang membuat persiapan untuk membeli sebuah kereta sehari sebelum wang itu muncul dalam akaunnya.

Kieran, 21, bagaimanapun membuktikan dia seorang yang jujur apabila menelefon pihak bank dan meminta mereka menyiasat dari mana datangnya wang tersebut.

Kieran kemudiannya diberitahu bahawa duit itu datang daripada sebuah syarikat pelaburan dan hanya syarikat berkenaan boleh menarik balik wang tersebut.

Syarikat tersebut hanya mengambil kembali wang berkenaan 10 hari kemudian, dengan Kieran memperolehi faedah simpanan sebanyak 210 pound.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!