13 Mac 2015


Klang: “Saya tidak sangka objek yang jatuh ke lantai itu adalah manusia. Saya sempat mengajarnya mengucap dalam keadaan hidung dan mulutnya berdarah,” kata saksi kejadian, Megat Mohd Munzir Megat Yusof, 28.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa, Mohd Nadahar Mansor, 27, maut selepas terjatuh dari tingkat dua pusat beli-belah di Bukit Tinggi di sini.

Megat berkata, kejadian berlaku di depannya menyebabkan dia terkejut dan tergamam.

“Ketika kejadian, saya sedang menunggu isteri yang sedang memilih pakaian. Kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari lokasi saya berada.

“Saya cuba membantu mangsa. Seorang wanita tiba-tiba muncul sambil menangis dan mengaku mangsa adalah abang kandungnya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu bersama adik perempuannya berusia 20 tahun untuk membeli baju.

“Mereka naik ke tingkat dua bangunan menggunakan tangga bergerak, namun mangsa secara tiba-tiba bertindak terjun.

“Siasatan mendapati mangsa mengalami masalah mental sejak tiga tahun lalu,” katanya ketika dihubungi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!