26 Mac 2015


Baru-baru ini pengacara Awal Ashaari dilihat begitu emosi dan lantang di laman Instagram apabila fizikal anaknya, Lara Alana (8 bulan) dipersoalkan.

Salah seorang pengikutnya di laman berkenaan mempersoalkan serta memberi komen mengenai hidung anaknya.

Tindakan itu bukan sesuatu yang pelik kerana pengacara Melodi ini dilihat begitu berani menyuarakan pendapatnya termasuk terhadap peniaga di laman Instagram yang sesuka hati mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Sebelum kelahiran Lara ke dunia lagi pun, Awal pernah berang dengan pengikut di laman bergambar popular itu yang mendoakan yang tidak elok terhadap kandungan isterinya, Scha Alyahya.

Bertemunya baru-baru ini, Awal ditanya mengenai tindakannya itu. Beliau mempunyai alasan konkrit tersendiri mempertahankan sesuatu yang dirasa wajar atas paksi kemanusiaan. Ikuti komen beliau kepada BH Online.

"Kalau nak cakap bab emosi. Saya yakin semua bapa mempunyai emosi untuk anak mereka. Macam baru-baru ini ketika mengacarakan Melodi, saya sendiri melihat klip rakaman penyanyi Black yang mengamuk apabila anak dia dikatakan menyerupai sesuatu seperti makhluk lain.

"Orang sekarang ibaratnya bercakap tanpa berfikir panjang... tak rasional. Tak adil untuk orang sebegini nak bercakap mempersoalkan kejadian dan rupa bentuk ciptaan Tuhan. Bagaimana buruk atau tak cantik pun manusia itu, pada pandangan orang yang menyayangi mereka adalah sebaliknya.

"Saranan saya jika sesuatu perkara atau komen itu tidak mendatang kebaikan, lebih baik simpan sahaja dalam hati. Saya bukan tak nak dengar atau baca komen sebegitu. Tapi cuma tak mahu ada unsur negatif yang mengganggu gugat," katanya.

Jelas Awal memang agak lantang ya?

"Ya saya memang lantang apabila orang kacau mereka yang saya sayang. Nak cakap atau mengutuk fasal diri ini, saya tak kisah. Tapi jangan cakap fasal keluarga, isteri dan anak saya. Kita yang membesarkan anak. Pahit getir hanya kita yang rasa.

"Jadi untuk orang luar bercakap itu dan ini. Jangan tahu cakap banyak sahaja kerana bukan mereka ada di tempat kita. Tapi lumrahlah sesetengah manusia ini," katanya yang baru-baru ini mengacarakan Mentor Legend di TV3.

Selain sibuk mengacara, Awal memberitahu dia dan isteri tersayang dalam rangka muncul dengan stor berkonsep menjual pelbagai jenama yang dipanggil GarderobeHaus (Instagram: @GardeRobeHaus)

"Setakat ini ada 30 ke 40 jenama dalam satu bumbung. Kepada mereka yang gemar membeli belah bolehlah ke Instagram @garderobehaus," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!