24 Mac 2015


DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

DAP turut menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan jujur, selain tidak menghormati persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan dalam isu itu sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya sebulat suara mengambil keputusan untuk berhenti bekerjasama dengan Pas yang diterajui oleh Abdul Hadi yang dianggap ‘pengkhianat’ dalam pakatan pembangkang kerana membentangkan usul rang undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen tanpa pengetahuan parti itu pada 18 Mac lalu.

“DAP telah hilang kepercayaan serta keyakinan dengan kepimpinan Abdul Hadi selepas ini dan tidak akan sesekali bekerjasama dengan parti itu pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!