4 Mac 2015


SINGAPURA - Polis menahan seorang lelaki menyamar seperti perempuan yang disyaki mengintip dalam sebuah tandas kolej.

Menurut Strait Times, jurucakap polis memberitahu bahawa seorang remaja berumur 21 tahun ditahan pihak pengurusan kolej kerana menceroboh.

Menerusi beberapa gambar dan video yang dimuatnaik ke laman Twitter dan YouTube, seorang lelaki memakai skirt, rambut palsu dan bertopi dilihat melutut dan merayu kepada sekumpulan pelajar yang menyerbunya.

"Lelaki ini berpakaian seperti perempuan dan masuk ke dalam tandas wanita untuk mengintai rakan saya," kata seorang pelayar, Norrick Nolesta di Twitter.

Polis masih menjalankan siasatan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!