5 Mac 2015


NEW DELHI - INDIA. Sebuah mahkamah di India mengharamkan penerbitan dokumentari berkaitan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan, tiga tahun lalu.

Temu ramah Leslee Udwin bersama Mukesh Singh, salah seorang perogol yang memperkosa mangsa berusia 23 tahun itu telah mencetuskan protes di seluruh negara, sekali gus memaksa India menguatkuasakan undang-undang antirogol.

Menurut Reuters, dalam dokumentari itu, Singh berkata wanita yang gemar keluar malam patut dipersalahkan kerana telah menarik perhatian lelaki untuk mencabul mereka.

Sementara itu, jurucakap polis Delhi Rajan Bhagat memberitahu, kenyataan kesat dan menghina wanita yang dikeluarkan Singh mencetuskan ketakutan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, dokumentari tersebut dijadual ditayangkan di India dan beberapa negara lain seperti Britain dan Denmark pada 8 Mac sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Bagaimanapun, Udwin yang juga penerbit dokumentari nyata tidak bersetuju dengan pemotongan perbualan selama sembilan minit itu dan menegaskan ia tetap akan diterbitkan di seluruh dunia seperti dirancang.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!