18 Mac 2015


Pelakon Farahdhiya akui lebih tertarik dengan lelaki melayu untuk dijadikan teman hidup namun tidak menolak pelawaan lelaki 'pan asian' yang sudi untuk mengenali dirinya.

Sehingga kini dirinya masih lagi bujang dan sudah bersedia untuk berumah tangga kalau jodohnya sudah ditakdirkan.

"Saya kalau boleh lelaki itu mestilah bujang, kalau dia adalah suami orang sukar bagi diri saya untuk menerimanya.

"Tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka cuba mendekati hati saya, apabila saya dapat tahu status sebenar dirinya, saya menolak dengan cara baik," ujar Farahdhiya kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, dia juga berhati-hati memilih pasangan hidup kerana ia sudah menjadi lumrah wanita yang inginkan suami yang menepati citarasa.

"Tipulah kalau kata saya tak pilih, saya memang memilih tetapi tidaklah terlalu 'ekstream' sehingga menjadi cerewet sehingga jejaka-jejaka di luar sana takut untuk mendekati diri saya, ruang hati saya terbuka untuk anda," selorohnya sambil tersenyum.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!