17 Mac 2015


MANILA – Seramai 13 penduduk dari pinggir bandar Zamboanga terpaksa diberikan rawatan kecemasan selepas menikmati makanan eksotik yakni daging seekor anjing.

Memetik laporan AFP, seorang pegawai kesihatan Filipina menyatakan bahawa daging haiwan yang dimakan itu dipercayai dijangkiti penyakit rabies.

Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan terhadap kesemua mereka yang memakan daging anjing yang dijangkiti penyakit itu.

Pakar perubatan haiwan kerajaan tempatan, Mario Arriola berkata, empat dewasa dan sembilan kanak-kanak didiagnosis mempunyai rabies atau lebih dikenali sebagai penyakit ‘anjing gila’.

Menurut Arriola, haiwan spesis canine berkenaan dipercayai mati pada minggu lalu tanpa diketahui punca kematiannya.

"Pihak kami sudah melawat lokasi untuk menyiasat sekiranya ia (anjing) ada menggigit haiwan lain. Sampel telah dihantar ke makmal untuk diuji," ujarnya.

Hasil siasatan mendapati sebilangan penduduk tempatan yang tidak tahu telah memakan daging anjing berpenyakit tersebut.

Jabatan kesihatan Zamboanga telah memberikan empat suntikan anti-rabies kepada pesakit bagi memastikan tiada jangkitan berlaku.

“Pihak jabatan kesihatan telah diarahkan kerajaan untuk bertindak segera sebagai sebahagian daripada usaha menangani kes kematian manusia akibat penyakit 'anjing gila'.

Kes pertama di Filipina telah direkodkan pada tahun 2014, namun tiada kematian akibat jangkitan berlaku.

Meskipun menjual anjing untuk dijadikan hidangan diharamkan di Filipina, tetapi daging anjing masih popular sebagai juadah istimewa di sesetengah tempat di negara itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!