25 Mac 2015


Aktres popular, Lana Nordin mengumumkan yang dia bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, David McKienzie yang merupakan seorang atlit bola tampar dari Amerika Syarikat.

Pernikahan pasangan ini akan diadakan pada 15 Mei depan dan akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara. Manakala malam berinai pula akan diadakan sehari sebelum itu iaitu pada 14 Mei.

David telah pun memeluk islam pada 5 Disember tahun lalu dengan bantuan oleh teman Lana iaitu Lisdawati dan suami.

Kini nama David dikenali dengan Mohd Daud Mckienzie Abdullah setelah memeluk Islam.

Pada tahun 2012, David telah mewakili negara asalnya, USA dalam acara sukan bola tampar di Sukan Olimpik yang diadakan di London. Dia juga sebelum itu pernah bekerja di Dubai selama 7 tahun.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!