26 Mac 2015


Penduduk flat PKNS Jalan Kerinchi, di sini, gempar apabila sebuah lori simen menghempap Proton Exora yang diletakkan di kawasan parkir flat berkenaan, petang tadi.

Dalam kejadian 6.54 petang, pemandu lori simen itu dikatakan hilang kawalan menyebabkan lori dipandu terjunam menghempap Proton Exora dipercayai milik salah seorang penghuni di flat berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pantai berkata, sebuah jentera dan 10 anggota bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sesiapa dalam MPV dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!