5 Mac 2015


Selepas diisytiharkan berstatus muflis pada hujung tahun 2014, suami kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida yang sebelum ini Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan , Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan telah dilucutkan dari jawatannya itu dalam senarai ahli Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Setiausahanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau menerima surat yang memaklumkan mengenai pelucutan jawatan Khairuddin daripada Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan selepas dia diisytiharkan muflis apabila sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida telah dilelong di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic tidak lama dahulu.

“Pelucutan jawatan Khairuddin adalah selaras dengan perlembagaan parti. Ia juga sejajar dengan Perkara 9A (1)(d) Akta Pertubuhan 1966 bahawa seorang yang bankrap yang belum dilepaskan tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada pemberita baru-baru ini.

Biarpun Khairuddin diisytiharkan muflis oleh Mahkamah pada 24 Mei tahun 2014 namun hal tersebut tidak menggugat rumahtangga yang dibinanya bersama aktres Umie Aida sejak 2009 itu. Malah, mereka sering memberi semangat antara satu sama lain.

Ahli politik berkenaan juga telah memohon maaf diatas masalah yang telah mengheret isteri tercintanya bersama menanggung malu.

“Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.

“Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan,”puji Khairuddin kepada isterinya yang merupakan pelakon popular itu.

Biarpun tidak lagi menduduki jawatan tertinggi dalam UMNO Pulau Pinang, Khairuddin masih menjadi ahli Umno yang layak menghadiri mesyuarat dan mengundi tetapi tidak boleh dipilih memegang jawatan.

Beberapa bulan lalu, Khairuddin telah membuat laporan polis terhadap 1MDB serta anak syarikatnya kerana mendakwa ia menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan.

Beliau juga dalam satu temu bual bersama sebuah portal berita mendakwa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak melakukan kerja, sebaliknya hanya ‘tidur’.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!