2 Mac 2015


RUSSIA - Seekor kucing peliharaan mati gara-gara diwarnakan warna merah jambu oleh pemiliknya.

Pemilik kucing berkenaan, Lena Lenina, menganjurkan satu parti Pretty in Pink beberapa bulan lalu, di mana semua tetamu diminta berpakaian merah jambu. Ini termasuklah kucingnya yang diwarnakan dengan warna tersebut menggunakan pewarna rambut.

Namun si pemilik kemudiannya tidak membersihkan warna merah jambu itu dan kucing itu kekal dalam warna demikian sehingga ia mati.

Ketika kucing berkenaan sakit dan dibawa ke klinik haiwan, doktor mengesahkan kucing malang itu telah termakan racun dari bahan pewarna di badannya ketika ia membersihkan badannya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!