31 Mac 2015


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, menafikan menulis status pada laman Facebook (FB) mengenai kesediaan meletak jawatan jika berlaku kenaikan harga minyak dalam masa terdekat.

Beliau berkata, penyebaran gambar kononnya daripada akaun FB miliknya adalah palsu dan seorang pegawai khas beliau sudah membuat laporan polis mengenainya, pagi tadi, di Balai Polis Presint 7, di Putrajaya.

"Satu akaun FB palsu diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama serta gambar saya dan menulis status kononnya harga minyak tidak akan dinaikkan dan saya akan meletak jawatan dengan rela hati sebagai menteri jika berlaku kenaikan.

"Ini adalah satu fitnah oleh pihak terbabit yang bertujuan memburukkan nama dan kredibiliti saya sebagai menteri," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan khas Ahli Parlimen Kuala Pilah di Dewan Datuk Bahaman, di sini, hari ini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!