5 Mac 2015


Rumah Muhamad Wanndy di Durian Tunggal

ALOR GAJAH: Perwatakan Muhamad Wanndy Mohamad Jedi yang kali terakhir dilihat di rumahnya di Bukit Tambun, Durian Tunggal dekat sini pada Aidilfitri tahun lalu tidak menggambarkan dia seorang yang alim.

Malah, seorang penduduk kampung pernah dimarahi selepas menegurnya kerana sering membawa wanita pulang ke rumah.

"Saya pernah tegur kelakuannya yang bawa balik perempuan setiap malam, tetapi dimarahi abangnya supaya tidak campur urusan mereka. Ia menimbulkan rasa kurang selesa, sebab itulah saya menegurnya. Cuma tak sangka teguran dibalas dengan cacian," katanya kepada BH ketika tinjauan ke rumah berkenaan, hari ini.

Dia adalah anak ketiga daripada empat beradik dan kini yatim piatu selepas kematian ibunya akibat penyakit leukemia empat tahun lalu.

Pemuda itu tinggal bersama abang sulungnya di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina atas tanah milik ibunya.

Kakaknya pula difahamkan sudah berkahwin dan menetap di Taman Ayer Keroh Heights, manakala lokasi adik perempuan bongsunya pula tidak diketahui.

Ketika tinjauan, tiada orang di rumah itu, manakala ruang beranda dan sekitarnya dipenuhi sampah sarap, termasuk pakaian, topi dan plastik.

Difahamkan, abang sulung lelaki itu masih menetap di situ dan biasanya pulang ke rumah lewat tengah malam.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!