18 Mac 2015


Pelakon, pengarah dan produser filem Mamat Khalid atau nama sebenar Mohamad Mohd Khalid secara terbuka memaafkan Zizan Razak.

Ia susulan ketidak hadiran pelakon itu, di majlis tayangan perdana  Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh baru-baru ini.

“Saya tidaklah berdendam sampai tidak memaafkan dia, saya faham tugas masing-masing yang perlu dilunaskan terutama Zizan Razak yang sibuk dengan aktiviti seninya.

“Semasa hari tayangan itu, Zizan ada mesej kepada saya dan memberitahu yang dia tidak dapat hadir begitu juga dengan Emma Maembong walaupun dia menjawab di instagram kira saya fahamlah,” ujar Mamat dalam rancangan Melodi Ahad lalu.

Dalam pada itu, Mamat memuji dengan cara Zizan mempromosikan filem itu dengan menonton bersama-sama peminat merupaka langkah yang amat baik.

“Zizan pun dah minta maaf serta dia juga telah meluangkan masa menonton filem tersebut di pawagam bersama-sama dengan peminat, yang merupakan salah satu cara untuk promosi filem.

“Cuma saya nasihatkan kalau boleh ke semua pelakon kalau ada tayangan perdana sila-silalah luangkan masa, bukan lama pun hanya 2 hingga 3 jam untuk beramah mesra dengan media dan sebagainya,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!