4 Mac 2015


Melaka: Seorang gadis diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah tidak menghadirkan diri bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 siri 9/2012.

Tertuduh Florence Lim, 21, dari Taman Cheng Mutiara, di sini, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Florence didakwa sengaja tidak menghadirkan diri bagi menyertai program PLKN kumpulan 2 siri 9/2012.

Kesalahan itu dilakukannya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, jam 9.30 pagi, 1 Mei 2012.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih 3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!