11 Mac 2015


YOGYAKARTA - INDONESIA. "Beli rumahnya bisa (boleh) mengajak pemiliknya menikah (berkahwin), hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego (tawar-menawar)", demikian menurut sebuah iklan hartanah yang terpapar di Indonesia.

Wina Lia, 40, memberitahu Kompas.com, beliau tidak meletakkan kriteria khusus kepada calon suaminya.

Baginya, lelaki tersebut mestilah bertanggungjawab dan mampu menjadi imam kepadanya serta anak-anak.

"Kalaupun bertemu jodoh lain, ya yang penting masih single (belum kahwin), sama ada teruna ataupun duda, asalkan bertanggungjawab dan matang," kata pengusaha salun tersebut.

"Yang penting lagi, sebagai seorang Muslim, lelaki itu mestilah boleh menjadi imam. Boleh membuatkan saya terbuka hati untuk memakai hijab," tegas Wina.

Iklan tersebut menawarkan rumah berharga Rp 999.000.000 (RM 282,594.55) di Randu Gunting Tamanmartani, Kalasan, Sleman, Yogyakarta.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!