18 Mac 2015


Kemboja – Sebuah tapak pelupusan sampah di sini menjadi tarikan pelancongan terbaharu setanding dengan kuil Angkor Wat apabila ramai pelancong datang semata-mata untuk mengambil gambar kanak-kanak yang mengumpul barangan kitar semula.

Terdapat kira-kira 200 pekerja di tapak tersebut dengan 50 daripadanya merupakan kanak-kanak yang tinggal bersama keluarga mereka di kawasan sekitarnya.

Seorang jurugambar, David Rengel memberitahu, kawasan itu telah menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong yang datang setiap hari sehinggakan hotel dan pemandu pelancong turut menawarkan pakej lawatan ke tapak pelupusan sampah tersebut.

"Pakej lawatan ini seolah-olah seperti mengeksploitasi kanak-kanak dan keluarga mereka untuk mengaut keuntungan sekali gus merendahkan darjat anak-anak kecil ini sebagai objek riadah," katanya.

Rengel turut menggelar aktiviti sedemikian sebagai ‘pelancongan kotor’ dan mendakwa semakin ramai pelancong menghabiskan masa melawat kawasan miskin seperti rumah anak yatim, setinggan dan tapak pelupusan sampah di seluruh dunia.

Kanak-kanak di kawasan ini menghabiskan masa sekitar 10 jam sehari untuk mengutip kaca, kertas, besi dan bahan kitar semula untuk dijual kepada pemilik tapak pelupusan sampah tersebut.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!