24 Mac 2015


CHINA - Seorang rakyat Malaysia menempa sejarah peribadi apabila berjaya menaiki bangunan yang bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia, hanya dengan berselipar.

Kew Wee Loong, 26, mendaki bangunan Ping An International Finance Centre di Shenzhen, China, yang kini masih dalam pembinaan.

Apabila siap nanti, bangunan setinggi 660 meter itu akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia.

Loong berjaya menaiki bangunan tersebut sehingga ke tingkat 55, sebelum ditahan pengawal keselamatan.

Dia juga mendedikasikan kejayaan itu kepada mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!