10 Mac 2015


KOTA DAMANSARA - Seorang pekerja swasta terpaksa menerima 14 jahitan termasuk 10 di kepala selepas bergelut dengan penjenayah yang melarikan wangnya.

Pergelutan tersebut menyebabkan mangsa menerima empat lagi jahitan di lengan kiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mengeluatkan duit di ATM di sebuah bank pada kira-kira jam 6.30 petang, Ahad. 

Seorang suspek yang memakai helmet dengan visor gelap kemudian mendekati mangsa dan memaksanya mengeluarkan wang.

“Selepas wang RM1,000 diperoleh, suspek bertindak merampas kad ATM milik mangsa dan berlaku tolak-menolak menyebabkan mangsa cedera,” katanya.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal ditunggang rakannya yang menunggu di luar premis.

Media melaporkan, mangsa telah mengalami kerugian kira-kira RM3,600. Suspek turut mengambil telefon bimbit jenis iPhone 6 milik mangsa.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!