16 Mac 2015


KUANTAN - Pasangan suami isteri maut manakala bayi mereka parah selepas kereta dinaiki terbabas di Kilometer 210 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, semalam. 

Pasangan terbabit berusia lingkungan 20 tahun yang masih belum dikenalpasti identiti dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada kira – kira jam 2;30 petang semalam. 

Manakala, anak pasangan dilaporkan mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) oleh orang ramai untuk rawatan lanjut.

Media melaporkan, kereta Proton Saga BLM dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan menyebabkan pasangan terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!