19 Mac 2015


NILAI - Mangsa, R Ramaneswaran, 19, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), akibat kecederaan parah. 

Kejadian ini melaporkan berlaku pada kira – kira jam 9.45 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, mangsa yang menghuni bilik di tingkat dua dikatakan naik ke tingkat empat menemui rakannya.

Oleh sebab rakannya tiada di bilik, mangsa dipercayai duduk di atas tembok sambil bersandar di dinding dengan sebelah kaki di luar bangunan.

Metro melaporkan, menurut saksi, mangsa  tertidak dapat mengawal imbangan badannya dan terjatuh dari ketinggian 12 meter.

"Akibat kejadian, mangsa mengalami cedera di kepala, patah tulang rusuk dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke HTJ," katanya dihubungi di sini.

Dilaporkan, kematian mangsa tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!